Mazlan's FotoPage -  - Fotopages.com
Memori Bersama Raja Dr. Nazrin Shah
JADI TUMPUAN: Raja Dr Nazrin Shah disambut kakitangan Intan sebaik tiba pada majlis Intan Premier Talk di Bukit Kiara, semalam.
 Raja bukan sekadar pelengkap
Oleh Azman Zakaria
azmanz@bharian.com.my
Istana tidak hanya jadi simbol laksana keraian, istiadat semata-mata: Raja Dr Nazrin
KUALA LUMPUR: Raja sebagai sebahagian daripada institusi negara berasa peranan mereka tidak sekadar pelengkap kepada adat kerana raja bukannya daripada kalangan insan yang buta, pekak dan bisu, titah Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah. 
Baginda bertitah, pandangan berterus terang raja dalam perkara berkaitan perpaduan warga, peranan agama, kebebasan kehakiman, rasuah dan penyalahgunaan kuasa adalah atas hasrat untuk memastikan negara terus kukuh dan aman dengan rakyat sejahtera dan makmur. 
"Raja tidak daripada kalangan insan yang buta penglihatan, pekak pendengaran dan bisu pertuturan mereka. Segala perkara yang berlaku adalah dalam ruang penglihatan, pendengaran dan pertuturan mereka. 
"Biar apapun sistem raja itu dilandaskan, peranan raja bukan sekadar menjadi simbol untuk melaksanakan tugas keraian dan istiadat semata-mata. Raja bukan monumen hiasan yang kaku – tanpa nyawa, tanpa jiwa," titahnya ketika menyampaikan titah syarahan bertajuk 'Institusi Beraja' pada majlis Intan Premier Talk di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan), Bukit Kiara, di sini semalam. 
Baginda bertitah, institusi raja mempunyai landasan sejarah dan tradisi panjang dalam sistem berkerajaan di negara ini dan tempoh 50 tahun selepas negara mencapai kemerdekaan memberikan cukup tempoh untuk raja-raja mencapai satu tahap kematangan untuk memahami peranan terutama ketika negara menghadapi krisis. 
Untuk memastikan takhta kekal dihormati, baginda bertitah, raja wajib bersifat berkecuali dengan memisahkan diri daripada terbabit dalam sebarang kancah pertelingkahan politik kepartian serta menjauhkan diri daripada dijadikan instrumen mana-mana pihak dalam persaingan mendapatkan kuasa politik. 
"Raja hendaklah berada di atas segala urusan politik dan urusan pentadbiran harian yang membabitkan banyak kerenah dan pelbagai kontroversi. Dengan berada di takhta yang lebih tinggi, raja hanya terbabit pada waktu dan ketika yang diperlukan," titah baginda yang turut menjelaskan isu pelantikan Menteri Besar Perak, Selangor, Perlis dan Terengganu selepas pilihan raya umum lalu serta isu arahan pertukaran serta-merta Pengarah Jabatan Agama Islam Perak baru-baru ini. 
Baginda juga bertitah, sistem Raja Berperlembagaan perlu ditafsir sebagai perkongsian kuasa antara raja dan rakyat, dengan raja menjadi sumber rujukan ketika berlakunya krisis di kalangan rakyat. 
Baginda bertitah, raja memastikan berlaku mekanisme semak dan imbang secara adil antara cabang perundangan, eksekutif dan kehakiman yang sekali gus memperkukuhkan institusi demokrasi dalam negara. 
"Secara umum raja bertindak berasaskan nasihat pimpinan kerajaan pilihan rakyat," titah baginda. 
P/S : TQVM to Mr. Mohd Radzi Bujang from Berita Harian for this memorable shot.</description>
STAROBA 2008 Old Boys Weekend
kali ni pi bujang, tumpang MPV Illussion Doc Shahril....with Hj. Shuhairy, Ajay, Khizack, Myself and Yus (co-pilot).....thanks to Doc for letting us to hop-in.....kuruma wa sugoi....luxury executive.....next year boleh tumpang lagi....</description>
A Visit to Rumah Pok Ya
<description>Nihon kara no sesi makan-makan continue....makan sambil check RB1 Pok Ya.....oleh Pengarah Korporat JPJ....TQVM to Pok Ya and Dr. Mazni yg sudi jemput kita orang....lama dah tak lepak-lepak cam ni.....
kat bawah okasan(Puspanita) punya cerita...
http://yangmazni.fotopages.com/?entry=1612398
The new office view...
<description>for the time being..menumpang bilik lagi.....
Sayonara Intan
<description>I've moved to the new office at Sapura, The Mines effective 1 July......will miss lots of great memories in INTAN, Bukit Kiara.....TQ all for your kind cooperation and assistance rendered to me......and my sincere apology for any shortcoming and wrongdoing........Salam
My dear Friends, TQ so much for all the wishes received, alhamdulillah anugerah ini berkat doa Tuan/Puan semua jua......</description>
mula-mula....
Babah tengok ni....
<description>Yayan pun boleh buat tau....
Colmar pun jadi laa
Hari Keluarga INTAN Kiara, April 2008
<description>babah masuk rumah kuning & rumah kuning Juara....horey...
A Journey Into Gua Itik, Pengkalan Hulu...
<description>bersama boss-boss.....